Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi sidang media sebentar tadi mengumumkan sebanyak 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan keseluruhan 673 kes positif Covid-19.

95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. Manakala tujuh lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Selain itu, Malaysia mencatat dua kematian pertama wabak tersebut iaitu merupakan kes ke-178 dan kes ke-358 hari ini.

Kes pertama

Kes ke-358 adalah lelaki warga tempatan 60 berusia mempunyai sejarah kronik.

Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac. Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU.

Hari ini disahkan meninggal dunia. Seramai 193 orang kontak rapat mangsa telah pun dikenalpasti dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Kes kedua

Manakala kes ke-178 merupakan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM & LM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *