“Nadia Meredai Majlis Tersebut”, Tauke Buat Pengakuan Apa Yang Terjadi Baru2 Ini.

Beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan beberapa video memperlihatkan pelawak terkenal, Tauke Jambu berpakaian nikah disamping seorang wanita yang turut berbusana sedondon.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa Tauke dan wanita tersebut yang dikenali sebagai Shu telah bernikah memandangkan masing-masing bergambar di hadapan sebuah masjid.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan daripada kedua-dua belah pihak dan ia seakan menjadi tanda tanya kepada netizen berhubung rumah tangga Tauke dengan isterinya, Nadia Mohd Effendi.

Majlis mendapat restu isteri

Namun begitu, menerusi temu bual bersama Mstar, Tauke dan wanita yang dikenali sebagai Shu telah tampil menjelaskan hal sebenar.

Menurut pelawak itu, memang benar dia yang berada di majlis pernikahan tersebut dan apa yang dilakukannya mendapat restu daripada isterinya, Nadia.

Atas desakan netizen, umum hal sebenar
Menurut Tauke lagi, dia tidak berniat merahsiakan perkara tersebut namun berasa tidak selesa memandangkan sudah beberapa kali berkahwin.

Akan tetapi, atas desakan daripada netizen, dia ikutkan sahaja kehendak mereka yang ingin mengetahui hal tersebut.

Hubungan semua baik2 saja

Dalam pada itu, wanita yang dikenali sebagai Shu itu juga menyatakan yang dia sama sekali tidak mempunyai masalah dengan perkahwinan ini kerana hubungannya dengan isteri Tauke juga baik-baik sahaja.

Isteri reda dengan majlis, tapi tak jawab soalan tentang dimadukan.

Ditanya perihal penerimaan isterinya apabila dimadukan, Tauke memaklumkan yang Nadia meredai majlis tersebut dan sangat beruntung mempunyai isteri yang baik sepertinya. Namun, dia sama sekali tidak menjawab sama ada isterinya reda ataupun tidak jika dimadukan.

Dia juga menjelaskan tiada sebarang masalah antara mereka dalam perkahwinan ini dan semuanya dalam keadaan damai.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan video-video Tauke Jambu yang didakwa telah bernikah lagi dengan seorang wanita bernama Shu.

Wanita itu juga sebelum ini pernah viral susulan kontroversi sehingga mendapat perhatian ramai terutamanya pengguna TikTok.

Sumber : omm

Sumber : transformasi.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*