Batalkan Plan Kahwin Kerana Bapa Mertua Takut “Anak Hidup Susah”. Pandang Harta Dan Pekerjaan?

Di TikTok, seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila hajatnya untuk berkahwin dengan wanita pilihan tidak kesampaian. Lebih memilukan, ibu bapa wanita tersebut dipercayai memandang kerjaya daripada keikhlasan hati budinya.

Baru rancang nak nikah tahun depan

Menurut Syahril Amirul, dia dan kekasih hatinya sudah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Namun, siapa sangka hasrat tersebut terpaksa dilupakan. Ini kerana, orang tua kekasihnya itu tidak bersetuju dan tidak merestui hubungan mereka.

“Orang tua dia tanya saya kerja apa. Saya bagitahu kerja kampung saja. Jual buah kelapa dengan buat arang sahaja. Boleh saya nak nikah dengan anak pak cik? Kalau boleh kita buat majlis masa Tahun Baru Cina nanti.”

Ujar Syahril, bapa kepada kekasihnya itu memohon maaf dan menyatakan rasa risau seandainya masa depan anaknya itu tidak akan terjamin.

“Bukan pak cik tak nak bagi tetapi pak cik rungsing dan takut anak pak cik hidup susah.”

Berair mata aku……

Tambah Syahril, dia tidak mampu menahan air mata dan berasa sangat sebak pada masa itu. Dia juga tidak sangka kerana harta dan pekerjaan mampu menjadi penghalang untuk dia dan kekasih hati bersama. Sebagai manusia biasa, Syahril redha dengan apa yang berlaku dan berserah kepada Allah sepenuhnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber : Oh Bulan & Syahril Amirul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *