Satu Malaysia Kena Game Dengan Tauke, Rupanya Ada Tujuan Lain.

Sebelum ini, nama pelawak Tauke Jambu menjadi bualan ramai selepas tersebar video yang mendakwa dia berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Shu.

Mana ada kahwin lagi

Terbaru, Tauke, 45, tampil mendedahkan situasi sebenar dengan memuat naik sebuah video yang membongkar sebenarnya ia adalah satu teknik pemasaran produk.

Video yang dikongsikan itu sekaligus menolak dakwaan bahawa pemilik nama Zamatul Amri Zakaria berkahwin sekali lagi dan masih setia bersama isteri tercinta, Nadia Mohd Affandi.

Sebenarnya perkahwinan saya dengan Shu tak berlaku, itu hanya iklan yang dilakukan oleh kami. Kami bekerjasama untuk menjayakan bisnes itu. Dah terjawab kan segala teka-teki.

Akhirnya terjawab juga kena ‘prank’

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa tidak senang apabila tertipu dengan desas-desus itu. Namun, ada juga segelintir netizen yang sudah dapat menghidu daripada awal.

Pada bulan Januari 2019, Tauke menafikan dia menceraikan Nadia melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti didakwa isterinya.

Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada orang ketiga. Ia mula goyah apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina.

Sumber: Instagram @taukejambu2

Sumber : ohbulan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *