“Saya berhijrah, bukan kerana merajuk atau koyak…” – Iqbal Akhirnya Berhijrah Ke Indonesia

Penyanyi baru dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memaklumkan dia bakal berangkat ke negara jiran, Indonesia pada (26 November 2021).

Menerusi siaran langsung di Instagram baru-baru ini, Iqbal memberitahu dia berkemungkinan berada di Indonesia dalam tempoh masa yang panjang.

Justeru, Iqbal memohon bantuan pengikut media sosialnya untuk membantu d1rinya mencari penginapan dalam tempoh masa lama atau kediaman baharu untuk dibeli dan dihuninya.

“Pada 26 November saya akan berangkat ke Jakarta, Indonesia, ada urusan kerja dan jumpa orang dan mungkin untuk mencari ketenangan di luar Malaysia sekejap. Cuma nak beralih sekejap, cari udara luar.

“Sepatutnya tiket saya 18 November cuma tiket terbatal dan rugi RM6,000 kerana masalah visa. Saya tak tahu visa itu serivs untuk keluar ke Indonesia, jadi urusan bertukar tarikh.

“Saya sentiasa servis dengan apa saya buat, cuma sedikit sebanyak ada terkes4n di hati. Untuk saya berhijrah, bukan kerana mer4juk atau k0yak dengan netizen semata-mata cuma ada perkara besar yang bertubi-tubi.

“Jadi, pertanyaan saya, ada tak kenal orang di Indonesia saya nak beli atau sewa dalam jangka masa panjang. Kalau boleh nak beli rumah di bandar Jakarta, tidak terlalu besar asalkan selesa. Tiga bilik pun dah okey.

“Saya rasa saya akan jadikan Jakarta rumah kedua saya, tempat untuk saya ulang-alik, sebab di sana ada peluang bisnes,” katanya.

“15 BAGASI SAYA BAWA KE INDONESIA”

https://youtu.be/7F9xEypv5Jg

Iqbal bagaimanapun engg4n menetapkan tempoh sebenar berada di negara republik itu.

“Di Indonesia nanti saya tak boleh nak kata berapa lama. Cuma saya berh4rap saya nak berada lama di sana, ibu saya pun baru meningg4l dunia, saya tiada sesiapa, adik beradik saya pun semua dah berjaya. “Doakan saya, minta maaf atas apa yang berlaku.

“Di sana akan ada pengurus, pembantu peribadi, pemandu dan penginapan seperti di Malaysia juga. Saya h4rap kali ini jadilah,” tambahnya.

Selain Indonesia, Iqbal meletakkan sasaran untuk menunaikan umrah di tanah suci Makkah namun keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk dia ke sana.

Cari rumah harga RM4 juta

Usahawan dan juga penyanyi Ahmad Iqbal akhirnya ‘meninggalkan’ Malaysia apabila telah berangkat ke Jakarta, Indonesia, semalam.

Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli berkata, dia membawa diri dan akan tinggal di negara seberang atas alasan mencari ketenangan selain urusan kerja.

“Selamat tinggal Malaysia. Bermula hari ini (26 Nov), saya akan tinggal di Indonesia. Memang atas urusan kerja, namun saya harus bawa diri. Saya pamit (mengucapkan selamat tinggal),” ujarnya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Iqbal yang baharu sahaja melancarkan single berjudul Hujan pada 1 November lalu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah banyak menyakiti hatinya dan berharap dapat menemui kebahagiaan yang dicari di Indonesia.

“Terima kasih kepada semua yang menyakiti saya. Terima kasih kepada yang masih sudi mendoakan. Saya berharap di Indonesia, saya boleh bahagia dan bertemu dengan orang yang boleh menyembuhkan luka (mengubati hatinya),” kata Iqbal.

Menerusi hantara dalam InstaStory miliknya, bekas pembantu peribadi kepada usahawan Datuk Seri Vida itu turut menyatakan bahawa dia sedang mencari sebuah kediaman berharga tidak melebihi AS$1 juta (RM4.24 juta) di Indonesia untuk dibeli.

“Siapa jumpa rumah untuk dijual di Jakarta, mohon beritahu saya. Rumah sederhana sahaja tidak lebih AS$1 juta (RM4.24 juta). Sekadar rumah berteduh saya di sini (Indonesia),” soal Iqbal.

Terdahulu, Kosmo! pada 18 November lalu melaporkan Iqbal pernah meluahkan rasa kesal apabila terus menjadi m4ngsa k3caman netizen sehingga dia dihlna dengan gurauan sensitif tanpa b3las kasihan sehingga menganggap dirinya tidak lagi sesuai untuk menetap di Malaysia.

Semuanya berpunca apabila Iqbal pernah beberapa kali menuai keb3nclan netizen bermula dengan kisah ‘pernikahan tak jadi’ dengan Vida

Pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang tetapi berdepan pelbagai k0nflik seperti tidak mendapat restu kedua-dua anak Vida dan beberapa k0nflik lain.

Sumber : GEMPAK dan theupdatenews24

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*