Demi Bahagiakan Kekasihnya Jejaka Ini Jual Perabut Dan Robohkan Bumbung Rumah Ibunya.

JAKARTA – Gara-gara ingin membeli hadiah kepada kekasih, seorang lelaki tergamak menjual perabot dan merobohkan bumbung rumah ibunya sehingga akhirnya dia diserahkan kepada polis oleh wanita berkenaan, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Lelaki berusia 24 tahun itu mengaku bersalah dan berbuat demikian bagi mendapatkan wang untuk membelikan hadiah kepada kekasihnya.

Malah, ketika disoal siasat oleh pihak polis, dia tidak lupa untuk mengingatkan kekasihnya agar menjaga kesihatan dan pemakanan.

Menurut Ketua Polis Bantul, Asisten Komisioner Ihsan, lelaki itu mula menjual perabot ketika ibunya tiada di rumah memandangkan hanya mereka berdua yang tinggal di rumah itu.

“Sehingga kini, hasil jualan perabot itu sudah mencecah 30 juta rupiah (RM8,822).

“Perabot di dalam rumah itu telah habis dijual. Oleh kerana tidak tahan lagi dengan sikap anaknya, ibu suspek kemudian melaporkannya kepada pihak polis,” kata Ihsan.

Hasil wang tersebut digunakan lelaki itu untuk membeli hadiah seperti makanan, beg tangan dan baju untuk kekasihnya. – AGENSI

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*