Lepas Isu Siakap Langkawi, Kalini Roti Canai Pula?

ALOR SETAR: Pelancong terkejut apabila perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai biasa di sebuah gerai di Langkawi baru-baru ini.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, selepas kej4dian harga hidangan seekor ikan siakap lebih RM1,000, kini pihaknya menerima pula aduan roti canai mahal di pulau tersebut.

MOHAMAD YUSRIZAL YUSOFF
Kata beliau, pengadu mendakwa gerai roti canai yang terletak ditepi jalan itu mengenakan caj RM4 bagi sekeping roti canai biasa.

“Walaupun kita sedia maklum harga barangan dan bahan mentah mahal sekarang namun harga yang dikenakan pemilik gerai berkenaan tidak masuk akal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, isu peniaga mengenakan caj makanan mahal ke atas pelancong telah lama berlaku di pulau peranginan itu terutama ketika musim cuti.

Dari dulu peniaga makanan di Langkawi ini akan menjual harga mahal jika tiba musim kemasukan pelancong dan ia kembali disoalkan setelah pembukaan gelombang pelancongan September lalu.

“Oleh itu, pihak kami meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah supaya selalu membuat pemeriksaan di premis dan gerai makanan yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan terlalu tinggi,” katanya.

Tambahnya, sejak dua minggu lalu, lebih 100 aduan pengguna diterima berkaitan kenaikan harga makanan dan bahan mentah di negeri ini.

Kami nasihatkan peniaga makanan tidak mengenakan harga membebankan pengguna selain meletakkan tanda harga supaya pengguna dapat membuat pilihan sebelum memesan makanan,” ujarnya. – UTUSAN

Sumber : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*