
Menerusi satu klip video berdurasi 60 saat, Shuib berkongsikan satu rakaman dimana putera sulungnya mengejutkan adik adiknya bangun tidur kerana beliau ingin berangkat ke pertandingan sebentar tadi. Telatah anaknya,Uwais buat semua rasa sayu seperti dapat melihat bayangan arwah Siti Sarah ada dalam dirinya.
Difahamkan, Uwais mengejutkan adik adiknya hanya kerana menginginkan mereka berdoa untuknya yang ingin memasuki pertandingan. Uwais memanggil adik adiknya dengan panggilan manja dan selalu disebut oleh ibu bapa mereka iaitu anak ayam dan anak itik. Kesantunan Uwais yang sangat lembut dalam menguruskan adik adiknya menampakkan dirinya kelihatan matang dan bertanggungjawab.
Video penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen yang diberikan seperti :
@Nurul Aida Ayda:allahu…sedih nya tgk…sungguh kuat kasih syg ank sarahshuib ni..moga mnjd ank yg soleh Dan solehah…amiinnn
@A Y Y S H A:dahla muka sebiji ibu dia , macam siti sarah tengah cakap dengan anak dia
@bi:uwais abang yang penyayang semoga jadi abang yang baik utk daddy arwah ibu n adik2 aunty doakan uwais Penang Aamiin
@shasha eidien:allahurabbi,tersenyum arwah lihat anak2nya bagus,bijak..tahniah shuib mendidik dgn baik tanpa ibu mereka,rebeh dah akk dik oiii
@niss”) __:aku menangis doh ..faham sangat perasaan anak2 ni .semoga kalian membesar jadi anak yang berbakti kepada siapa sahaja
Mahupun baru berusia belasan tahun, Uwais mempunyai sifat toleransi terhadap adik adiknya dan sangat akrab dengan ayahnya, Shuib. Ketika dia memeluk kemas bapanya dan mendapatkan keizinan dan doa dari Shuib, dia kelihatan begitu tenang sebelum pergi ke pertandingan yang beliau akan tandingi pada pagi itu..
Jangan lupa komen yang baik baik
Sumber dari Tiktok dan Instagram
Leave a Reply