“Pesaing Aina Abdul ni”-Netizen hairan ‘style’ DSV pelik rupanya nak promosi lagu

Berikutan tular satu klip dimana usahawan terkenal iaitu Datu Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV menampilkan satu penampilan yang agak pelik di acara Big Stage semalam. Pemakaian beliau yang persis pemakaian Aina Abdul di AJL36 mengundang pelbagai reaksi dari para netizen.

Difahamkan pemakaian DSV yang bertemakan biru itu memberi satu tanda tanya kepada para netizen kerana tampak terlalu melebih. Hasil tatarias beliau juga amatlah pelik dan ini menjadi bahan bualan ramai kerana seperti ‘stylist’ DSV tiada sebarang citarasa untuk menggayakan dengan betul.

Video penuh boleh disaksikan di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen dan reaksi yang diberikan seperti :

@Ayah-D:elok jgk datok makeup mcm nii nampak lebuh tua semoga rasa nk berubah kearah usia sebenar.termasuk saya sendiri.. insha Allah

@fasla:dato, ldy gaga yg queen of monster of fashion tu pn taun 2022 ni dh x berpenampilan mcm ni dtooo…tu 20 taun ke blkng dtooo

@AaronAjiz:dato sy harap dato diberi peluang nyanyi kt pentas big stage eksklusif sempena MV dato’ 20/3 ni…pless astro…DSV show satuuuuu

@Leo:Cantik makeup style dan outfit dato nmpak muda

@encik pokok:saya suka outfit Dato’, takperlu pakai telekung dah, boleh terus solat. terbaik Dato’

Menerusi komen dari DSV, beliau memperagakan pakain terssebut kerana ingin mempromosikan lagu baru beliau yang akan diterbitkan nanti. Pemakaian beliau merupakan salah satu watak yang ada dalam musik video yang beliau hasilkan.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Instagram dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*