Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Gelombang ketiga pandemik Covid-19 di Malaysia sememangnya amat membimbangkan. Hal ini dapat dilihat apabila beberapa kawasan di Malaysia masih mencatatkan jumlah kes positif yang tinggi.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di beberapa tempat di dalam negara sudah ditamatkan, kes di kawasan-kawasan seperti Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan masih lagi tinggi.

Semalam sahaja, Selangor mencatatkan kes tertinggi dalam negara dengan 603 kes positif. Penularan dalam kalangan pekerja kilang Top Glove di Klang turut menjadi salah satu punca pertambahan kes tersebut.

Hari ini sahaja 1,067 kes baharu

Menerusi perkongsian daripada seorang wartawan dikenali sebagai Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter miliknya, sebanyak 1,067 kes positif dalam kalangan pekerja kilang tersebut dilaporkan pada hari ini sahaja.

Akan tutup secara berperingkat

Justeru itu, pihak kerajaan bersetuju untuk menutup 28 kilang Top Glove di Klang secara berperingkat bagi membolehkan pekerjanya membuat ujian saringan dan kuarantin.

Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan di sidang media keselamatan sebentar tadi.

Sebelum ini, asrama kilang pembuatan sarung tangan terbesar di Malaysia yang dihuni ramai warga asing itu telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) selepas beberapa orang pekerjanya didapati positif Covid-19.

PKPD yang dikuatkuasakan dijangka berakhir pada 30 November 2020, bergantung kepada keadaan semasa jangkitan pandemik ini.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: KiniTV, Mohd Redzuan Abdul Manap via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *