Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Salah satu perkara yang tidak dapat kita jangka dalam kehidupan adalah kematian kerana ia rahsia Allah S.W.T, malah banyak kisah orang yang tidur tidak bangun lagi. Tidur pada hakikatnya adalah mati.

Oleh sebab itu, di dalam Islam kita dituntut untuk mengamalkan doa sebelum tidur. Ini kerana sekiranya kita tidak lagi bangun, InsyaAllah kematian kita itu dalam keadaan beriman atau husnul khotimah.

Rasulullah S.A.W. sendiri pernah bersabda kepada isterinya, Siti Aisyah:

“Ya, Siti Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara.”

“Apakah perkara itu, Ya Rasulullah?,” tanya Siti Aisyah.

“Pertama, engkau harus khatam al Quran. Kedua, pastikan bahawa engkau mendapat syafa’at daripada Rasulmu. Ketiga, pastikan engkau mendapat reda dari Muslim dan Muslimat. Keempat, kamu harus melaksanakan haji atau umrah,” kata baginda.


Membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali sebelum tidur seolah-olah khatam al-Quran.

Mendengar apa yang disabdakan Rasulullah, Siti Aisyah bertanya bagaimana cara untuk melaksanakan empat perkara itu dalam tempoh singkat.

Rasulullah tersenyum dan bersabda:

1. Jika engkau akan tidur, bacalah surah al-Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau telah khatam al-Quran.

‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’lam yalid walam yuulad’walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)

2. Bacalah selawat untukku dan untuk para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat.

Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad (3x)

3. Beristighfarlah untuk para mukminin maka mereka akan meredai engkau.

Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih (3x)

4. Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir, maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar (3x)

Minggu lalu peminat-peminat hiburan tanah air dikejut dengan kematian mengejut pelawak terkenal Abam atau Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, manakala pada Selasa seorang lagi pelakon Ashraf Sinclair,40, meninggal dunia ketika waktu tidur kerana dipercayai terkena serangan jantung.

Itulah antara empat amalan yang diajarkan Rasulullah SAW menjelang tidur kepada Sayyidah Aisyah yang sebaik-baiknya kita sebagai umat Islam mengamalkannya. Selamat Beramal!

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *