Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Setiap hari pada petang, kelibat lelaki berjaket hitam yang tertera perkataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi individu dinanti-nantikan rakyat Malaysia bagi mengetahui perkembangan terkini pandemik Covid-19 negara ini.

Pastinya beliau adalah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dianggap antara orang terpenting di Malaysia dalam bertungkus lumus mengerah fizikal dan mental memikir cara untuk menghentikan wabak dari China ini.

Setiap kali diumumkan jangkitan kes baharu menurun memberi satu kelegaan buat semua dan sebaliknya jika kes meningkat mendatangkan kegusaran.

Dr Noor Hisham ‘cuti’ hari ni

Hari ini, setelah lima bulan bekerja tanpa henti, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, telah diberikan cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO), daripada membuat sidang media.

Justeru, dimaklum bahawa sidang media KKM bagi perkembangan terkini Covid-19 hari ini dibatalkan dan kenyataan media mengenai perkembangan terbaru akan dikeluarkan oleh pihak KKM pada 4.30 petang hari ini.

Difahamkan, Dr Noor Hisham masih menjalankan tugas lain seperti biasa, dan hanya diberi cuti oleh PMO daripada melakukan sidang media hari ini.

Semoga Dr sentiasa dirahmati Allah

Nampak Dr pun macam penat

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *