Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Beberapa hari lepas, tular di media sosial apabila seorang anggota polis wanita memuat naik gambar suaminya yang sebelum ini turut bertugas sebagai anggota polis ingin bertemu sahabat handai.

Perkongsian tersebut turut dikongsikan di laman Facebook Friends Of PDRM dimana Kpl Noor Ifa Binti Md Sukari mengalu-alukan kehadiran rakan suaminya Kpl Azmi Bin Kamarudin yang menghidap kanser rahang mulut tahap 4 untuk datang menziarahi di rumah.

Rakan2 sekerja hadir melawat

Hasrat anggota polis terbabit akhirnya terlaksana apabila rakan-rakannya yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas Seberang Perai Utara telah hadir bersama Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Sudah meninggal dunia

Walau bagaimanapun, Kpl Azmi telah meninggal dunia sekitar tengah hari tadi selepas dimaklumkan tenat pada petang semalam.

Hal tersebut dimaklumkan menerusi laman Facebook Friend Of PDRM apabila memuat naik gambar hitam putih kpl Azmi serta mengucapkan salam takziah diatas pemergian Allahyarham.

Zahir rasa dukacita buat keluarga

Menerusi harian Metro, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor menzahirkan salah takziah buat keluarga Allahyarham dan mengakui bersyukur kerana hasrat anggota polis tersebut terlaksana sehari sebelum dia dijemput Illahi.

“Kami warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarganya termasuk isterinya, Koperal Noor Ifa Md Sukari atas pemergian suami tercinta.”

“Syukur sebelum pemergiannya kami sempat merealisasikan hasratnya untuk bertemu rakan sekerja dan berharap semua ahli keluarganya tabah dengan ujian ini.” Katanya ketika dihubungi.

Jenazah Azmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim, Permatang Langsat di sini, selepas solat Asar hari ini.

Terdahulu,  warga IPD Seberang Perai Utara telah datang ke kediaman Kpl Azmi dan allahyarham dilihat ceria walaupun tidak bermaya ketika menyambut kehadiran rakan-rakannya.

Pihak IPD Seberang Perai Utara juga menghulurkan bantuan bagi meringinkan beban keluarga.

Sumber: IPD Seberang Perai UtaraFriend Of PDRMHarian Metro (Nur Izzati Mohammad)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *