Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Tiada angin tiada ribut, selebriti yang terkenal dengan imej seksi dan lantang bersuara, Zarina Anjoulie Lavocah telah memuat naik satu status di Instagram dengan memaklumkan sudah bercerai dengan suaminya.

Biar betul?

Dalam perkonsian tersebut, Zarina Anjoulie memaklumkan yang hari ini merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya apabila mendakwa suaminya Eilyas Azhar atau Yas sudah berpisah.

Gambar last bersama 15 Disember 2020
Terakhir bergambar Anju bergambar bersama dengan suaminya adalah sekitar pertengahan Disember tahun lalu ketika makan tengahari bersama rakan-rakannya.

Setelah itu, Anju lebih banyak memuat naik review produk-produk serta anaknya tanpa kehadiran suami disisi.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada selebriti tersebut dan hanya kenyataan itu sahaja dibuat oleh Anju di Instagram. Dia juga turut menutup ruangan komen dan membuatkan netizen mulai berteka-teki.

Terdahulu, Anju dan suaminya telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan sekitar Julai tahun 2020 selepas bergelar ibu tunggal selama empat tahun.

Sumber: Anjoulielavocah1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *