Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kehidupan di dunia sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan yang diberikan oleh Allah SWT. Tetapi setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya meskipun sangat berat untuk dilalui oleh seseorang.

Menerusi aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama @maslianadin memuat naik satu video memaparkan situasi sedih yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki warga emas.

Sedih. Terbayang ibu bapa sendiri

Video meraih ribuan tontanan itu memaparkan dua anggota tentera di luar sebuah restoran makanan segera dengan menaiki motosikal sebelum memberi minuman kepada seorang pakcik yang duduk bersendirian di lokasi berkenaan.

Pada mulanya, kedua-dua mereka hanya memberi minuman, namun mengambil keputusan untuk turut memberi makanan kerana pakcik itu kelihatan begitu kepenatan.

Kejadian berlaku di Bayan Baru, Pulau Pinang itu sempat dirakam oleh Masliana yang turut berada di situ menyaksikan momen sebak tersebut.

Perkongsian video berdurasi 17 saat berkenaan meraih perhatian warganet yang memuji kehebatan dan kebaikan dilakukan oleh dua sahabat itu selain turut mendoakan agar pakcik tersebut dalam keadaan baik.

Allahuakbar, semoga pakcik dimurahkan rezeki

Bagus wira negara datang memberi pertolongan! Ingatlah, setiap ujian yang datang adalah untuk mendekatkan diri kita sebagai seorang insan beriman.

Sumber: TikTok Masliana Din

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *