Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas berdiam diri hampir beberapa hari susulan kes kecurangan dengan wanita lain didedahkan isteri di Instagram, penyampai radio Hot fm, Shuk Sahar, 34 telah membuat satu posting terbaru di media sosialnya sebentar tadi.

Datang jumpa anak2

Menerusi video tersebut, dia telah datang bertemu dengan anak-anaknya yang berlari mendapatkan pelawak tersebut kerana terlihat merindui sosok ayah mereka.

Akui kesilapan & kesalahan

Dalam kapsyen yang disertakan oleh Shuk, dia mengakui segala salah dan silapnya terhadap keluarga. Dia juga sedar bahawa memang sukar untuk menjernihkan kembali apa yang telah terjadi selama ini.

Walau bagaimanapun, selebriti tersebut memaklumkan yang dia sanggup demi kembali mendapatkan keluarga dan kebahagiannya semula.

Semua orang tak lepas dari kesilapan
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Instagram Shuk dengan pelbagai maklum balas.

Kebanyakkan daripada mereka meninggalkan nasihat buat pelawak tersebut supaya berubah dan memikirkan anak-anak yang masih kecil serta meninggalkan segala perkara yang menggoyangkan keharmonian rumah tangganya.

Semoga berubah ke arah yang lebih baik

Sumber: Shuk_hotfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *