Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kuala Lumour: Kisah tular mengenai sebentuk cincin merisik pemberian keluarga pendakwah bebas, PU Riz yang dipakai semula di jari manis pengacara Neelofa baru-baru ini membuktikan hubungan cinta mereka masih utuh dan berada dalam keadaan baik.

Neelofa menjelaskan, wujud banyak salah faham serta cerita tidak berasas sehingga memburukkan keadaan dan hubungan mereka.

“Alhamdulillah hubungan kami berdua baik-baik sahaja. Apa yang terjadi baru-baru ini, disebabkan banyak salah faham serta cerita-cerita yang tidak berasas hingga memburukkan lagi keadaan. Namun hakikatnya hubungan kami okay.

Tipulah dalam setiap perhubungan tiada salah faham berlaku

“Tipulah dalam setiap perhubungan tiada salah faham berlaku. Pasti ada pahit manis serta naik turun yang perlu kami lalui bersama. Kami juga sama seperti pasangan lain.

“Tapi syukur kami berdua berjaya menyelesaikan masalah dan cabaran yang timbul dengan berkat bantuan keluarga. Selain itu, kami juga banyak berbincang dan berkomunikasi untuk menyelesaikan salah faham yang terjadi. Alhamdulillah hubungan kami semakin baik dan positif,” katanya ketika sesi sidang media pelancaran aplikasi TheNoor secara dalam talian.

Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn Bhd melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana mereka iaitu TheNoor.

Menurut Neelofa, mengenai perancangan untuk menuju ke gerbang perkahwinan dia bakal kongsikan berita gembira itu dalam waktu terdekat ini.

“Saya akan kongsi dalam masa terdekat, Insha-Allah. Dalam keadaan sekarang banyak limitnya, sebelum saya betul-betul buat keputusan.

“Saya pun ada hubungi beberapa pihak bagi bertanyakan mengenai kebenaran untuk mengadakan majlis dan sebagainya, tapi banyak persoalan yang tidak jelas jadi saya tak boleh nak kongsikan butiran ini sekarang,” katanya.

Terdahulu, hala tuju hubungan Neelofa dan PU RIz menjadi perbualan hangat warganet di media sosial apabila status yang dimuat naik oleh ahli keluarga Neelofa dilihat seakan-akan menyindir seseorang.

Malah foto-foto merisik pasangan itu juga dipadam di Instagram yang menguatkan lagi dakwaan masalah wujud dalam hubungan berkenaan sehingga dikatakan hubungan Neelofa dan PU Riz sudah berakhir.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *