Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas diberi peluang kedua, rumah tangga selebriti Aliff Aziz bersama isteri tercinta iaitu Bella Astillah dilihat semakin bahagia. Setelah hampir 2 tahun terpisah, Aliff kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malaysia dan mulakan hidup baru bersama.

Didi Astillah tiba-tiba terjah bagi pickup line…”Apa beza abang dengan matahari?”

Selain itu, hubungannya bersama keluarga Bella juga baik-baik saja. Contohnya baru-baru ini Didi Astillah sempat mengusik dengan memberi ‘pickup line’ khas buat abang iparnya itu menerusi Instagram. Pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ itu dilihat sedang berehat, sebelum Didi mengajukan soalan tentang perbezaan antara dirinya dengan matahari.

Dua-dua menyinari? Salah, matahari panas tapi abang ‘bikin panas’

Tanpa teragak-agak untuk membalas, Aliff mengatakan bahawa kedua-duanya saling menyinari. Namun Didi Astillah lantas memberi jawapan deep bahawa abang iparnya itu ‘bikin panas’. Reaksi wajah Aliff Aziz terus berubah dan tergelak sejurus mendengar jawapan yang tak disangka-sangka tersebut.

Bikin panas…deep teruk, buat hal betul Didi sakat abang ipar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan pickup line spontan Didi Astillah buat abang iparnya itu. Ada juga pihak yang berseloroh mengatakan jawapan daripada gadis berkenaan betul-betul deep sehingga membuatkan Aliff ‘terciduk’.

Sumber : Instagram didiastillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *