Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Umum mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon cantik, Intan Ladyana dan pasangannya Harris Alif sejak beberapa bulan lalu.

Setelah hampir setahun menjalin cinta, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya bakal melangsungkan majlis pernikahannya pada Jumaat ini.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama Bougainvillea itu mengakui berdebar untuk bergelar pasangan suami isteri.

Majlis pernikahan bakal dilangsungkan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur yang hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang dengan kes Covid-19 makin meningkat agak susah untuk membuat perancangan…”

“…dan meletakkan satu tarikh untuk majlis. Harapnya tiada sebarang perubahan dan berjalan dengan lancar,” katanya.

Perkara tersebut dikongsi ketika menghulurkan sumbangan buat komuniti ibu tunggal yang dianjurkan oleh sebuah produk kesihatan dan kecantikan yang menampilkan Intan sendiri sebagai duta produk tersebut.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *