Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kota Kinabalu: Dua remaja perempuan berusia 18 dan 19 tahun yang menjalankan kegiatan pelacuran menerusi aplikasi WeChat dan MiChat ditahan pada serbuan di sebuah apartmen di Jalan Tun Fuad Stephen di sini, jam 10.30 malam kelmarin.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Deputi Superintendan Alhusin Halil berkata, kedua-duanya bergerak sendiri tanpa orang tengah.

“Kedua-duanya yang tidak bekerja dipercayai menjalankan kegiatan ini sebagai sumber pendapatan mudah.

“Mereka menggunakan aplikasi WeChat dan MiChat untuk membolehkan pelanggan terus berhubung bagi mendapatkan khidmat seks selain menyukarkan identiti sebenar mereka dikesan,” katanya dihubungi hari ini.

Alhusin berkata, kedua-duanya kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Kerjasama dan maklumat orang awam dialu-alukan bagi mengekang kegiatan pelacuran melalui aplikasi seumpama ini,” katanya.

Antara komen komen daripada netizen:

semoga ank2 perempuan kita di jauhi perkara2 sebegini.. insyAllah…aaaminn..

benda ni ad kat mana2 pun, bezanya kedapatan atau tidak shja, yg kuat myokong ni pun kbnykan laki org or bapa budak, kebanykan la, bukan smua, sy tau sbb sy ad kwn yg bergelar suami or bapa budak slalu guna application ni kat tmpt krja

Tekanan dgn ekonomi skrg..mmg salah apa yg dia buat..tp kita xtaw apa yg dia buat dan lalui..selagi pintu taubat masih terbuka mohon la kepadaNya..semoga diberikan hidayah

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *