Sedih Skodeng Artis

Aaron Aziz Terasa Peritnya Merindui Anak, Video Keberangkatan Anaknya Buat Netizen Sedih

Apabila anak-anak sudah semakin dewasa, setiap ibu bapa pasti merasa sedih apabila sampai satu tahap perlu bersedia untuk melepaskan mereka untuk keluar menimba ilmu.

Perasaan itulah yang dilalui pelakon terkenal Aaron Aziz apabila menghantar anak sulungnya untuk belajar di luar negara walaupun pandemik belum reda sepenuhnya.

Sebak lepaskan anak sulung, Danish Anaqi lanjutkan pelajaran di Jepun

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram pelakon kelahiran Singapura itu, dia dilihat sebak memeluk Danish Anaqi yang kini berusia 16 sebelum berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajarannya di airport semalam.

Selain Danish, selebriti berkenaan mempunyai dua lagi anak perempuan bernama Dwi Ariana dan juga Dahlia Arissa.

Lindungilah anakku, permudahkanlah urusannya. Berikan ketenangan dalam pelajaran

Sambil melihat si sulungnya berjalan turun ke balai berlepas, Aaron turut sempat menitipkan doa semoga segala urusan dipermudahkan.

Walaupun bersyukur dan gembira dengan permulaan baru remaja berkenaan, namun jauh di sudut hati sebagai seorang ayah tetap merasa sebak untuk berpisah selama 3 tahun.

Aaron Aziz sudah merindui anaknya.

Di ruangan komen, ramai juga yang mendoakan yang terbaik buat Danish dan turut meluahkan rasa sedih melihat video yang dikongsi Aaron Aziz.

Semoga dipermudahkan urusan

Tahniah dan good luck

Sedihnya..

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: Instagram Aaron Aziz via Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *