Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi dan pelawak, Achey ada memuat naik sekeping foto bersama peminat cilik. Namun apa yang membuatkan rasa pilu, peminat kecil ini tidak mengetahui Abam telah meninggal dunia pada 10 Februari lalu.Dia bertanyakan kelibat arwah kepada Achey sewaktu bertemu.

“Peminat bocey… dia tanya mana abg fad ngan abam?…aku senyum jee. dia tak sedar bocey tinggal 2… yang dia tau bocey ada 3.

“Bertiga sementara, bocey selamanya… #bocey #kitabaikramaisayang,” tulisnya.Sebak dengan perkongsian ini. Netizen turut meninggalkan reaksi di ruang komen.Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu. Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Foto : Instagram Achey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *