Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Umum sedia maklum, Fad berada di Jepun bercuti bersama keluarganya, ketika diberitahu mengenai berita kematian Abam. Jiwa Fad meronta ingin berjumpa arwah sepanjang menunggu masa menaiki kapal terbang pulang ke Malaysia.

Baru-baru ini, dimaklumkan bahawa Fad dan keluarga telah sampai di lapangan terbang KLIA dengan disambut oleh Achey dan beberapa lagi kenalan.

Kepulangan Fad disambut linangan air mata

Suasana di KLIA bertukar suram dan pilu, selepas Fad dan Achey saling berpelukan dengan linangan air mata sambil memeluk cium baju arwah Abam untuk melepaskan kerinduan.

Selepas daripada itu, dilihat Fad terus menuju ke kediaman Abam untuk bertemu dengan keluarga arwah. Keadaan bertambah sedih, selepas dia dan Ali saling berpelukan tidak dapat menahan rasa sebak di dada.

Aku terbayang kau dalam pelukan kami

Situasi ketika itu cukup menyentak jiwa, Fad tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya kerana tidak sempat untuk dirinya berjumpa arwah Abam buat kali terakhir.

Baju abam buat pengubat hati yang sedih

Sememangnya kepulangan Fad sangat dinantikan oleh rata-rata netizen, yang juga bersimpati dengan kehilangan Abam dalam hidup Fad dan Achey.

Semoga semangat arwah abam sentiasa ada

Makna sahabat yang sebenar

Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *