Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelawak Achey akui terp4ksa mengecilkan ruangan parkir di rumah barunya demi menyediakan ruang khas untuk ibu bapanya yang semakin uzvr itu.

Menurut ahli kumpulan Bochey itu, ruang tamu khas untuk mereka itu dibuat supaya mereka tidak perlu turun naik tangga dan boleh berehat di tingkat yang paling bawah.

Mak abah tak larat…

“Parking yang dulu boleh muat empat biji kereta diubah menjadi dua biji..”

“Sebab mak abah pesan tarik ruang tamu untuk mak abah lepak bawah, Mak abah tak larat naik tangga jadi solusinya itu…buatkan satu tandas kecil untuk mereka juga… settle!” katanya.

Menerusi entri Instagram miliknya, perkara tersebut dimuat naik oleh Achey di mana dia memuat naik beberapa foto renovasi rumahnya itu.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap Achey yang mengutamakan ibu bapanya dalam apa jua sekali pun meskipun sedang sibuk bekerja.

Lepas 10 tahun..

Terdahulu, Achey pernah mendedahkan dia baru sahaja berjaya membeli sebuah rumah tiga tingkat setelah 10 tahun mengumpul harta dan wang hasil titik peluhnya.

Achey atau nama sebenarnya Mohd nasir Hamzah berkahwin dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011, dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah.

Semoga Achey dan keluarga dikurniakan kesihatan yang berkekalan dan rezeki yang melimpah kerana sikapnya yang sangat mengambil berat pasal keluarganya.

Apa pendapat anda? Jangan lupa komen yang baik baik je !

Sumber : soyalemon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *