“Dia Tak Pernah Tanya Duit Saya..” – Allah Pinjamkan 11 Tahun Saja

Pelawak Shuib menerusi siaran langsung di Instagram meluahkan rasa kerinduan kepada arwah isterinya, Siti Sarah. Dia turut menceritakan kenangan manis dan detik-detik terakhir bersama isterinya sebelum penyanyi terkenal itu dimasukkan ke hospital tempoh hari.

Shuib mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan peminat yang mendoakan buat arwah isterinya. Dia turut memohon maaf kerana masih belum ada kesempatan untuk membalas mesej atau menjawab panggilan telefon.

Sebenarnya tujuan saya buat Live IG, pertama, saya tak boleh tengok lama media sosial. Sebenarnya, saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengikut saya di Instagram, Facebook, TikTok. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian kepada semua orang yang telah adakan bacaan Yassin, solat hajat kepada isterinya.

Saya tahu setiap DM yang masuk itu adalah mendoakan saya, isteri saya. Saya nak minta maaf kalau tak sempat nak reply teks, Whatsapps. Saya tak boleh nak angkat, tak boleh nak jawab sekarang. Saya hargai setiap DM, setiap teks, setiap komen. Saya tahu semua benda itu adalah kerana kasih sayang, kerana doa, kerana nakkan isteri saya sihat.

‘I akan ada dengan you’

Suami kepada Siti Sarah ini juga mengimbau kenangan sewaktu awal pernikahan mereka pada 11 tahun yang lalu. Pasangan ini juga pernah berniaga di tapak bazar Ramadan sebelum Shuib menyertai pertandingan program realiti. Perkongsian kisah daripada Shuib ini telah membuatkan ramai pengikutnya sebak dan mengalirkan air mata.

Isteri saya bukan milik saya, dia milik Allah. Allah pinjamkan sekejap je buat saya dalam 11 tahun. 11 tahun yang luar biasa untuk saya. Saya dengan tak ada apa-apa. Saya tak ada kereta pun. Saya duduk dengan isteri saya atas surat khabar buka puasa. Tapi dia cakap, ‘I akan ada dengan you, akan support you kat mana pun you berada’. Dia sentiasa support saya, doakan untuk saya.

Saya pernah buka gerai di bazaar Ramadan dan dia tolong berniaga sekali. Dia tak pernah malu pun. Sedangkan dia artis. Saya almost give up, tapi dia orang kat belakang saya cakap ‘you go, you can do it’. Apa yang saya ada, saya yang tumpang tuah dia. Tuah seorang isteri yang taat, yang tak pernah malu pun. Berbekalkan itu, saya ada kat mana saya sekarang. Saya bukannya hebat sangat. Yang paling penting, inshaallah saya akan bantu semua orang.

‘Saya tumpang luck dia’

Shuib turut menasihati pengikutnya terutama kepada golongan isteri untuk berbuat baik kepada suami dan keluarga. Seorang isteri mampu mengubah kehidupan suaminya menjadi lebih baik.

Selama 11 tahun, saya tumpang luck dia. Selama 11 tahun saya kahwin dengan dia, dia tak pernah tanya duit saya. Saya tak pernah gaduh dengan dia nak balik kampung. Dia tak kisah pun. Yang penting dia happy, mak saya happy. Dia tak pernah tanya duit dalam akaun saya, dia tak pernah tanya pun duit saya pergi mana. Dia yang mengajar saya untuk tidak berkira-kira dengan duit.

Dia nasihat saya untuk tidak berkira-kira dengan duit, bila kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira dengan sedekah. Dia orang yang suka bersedekah. Kat sini saya nak bagi tahu, saya memang tak ada apa-apa. Saya tumpang luck dia. Dia bagi tips kepada saya.

Hari ni saya turunkan dia ke dalam liang. Saya yang turunkan dia, saya pegang pinggang. Dia cukup ringan. Saya tengok liang dia tak besar, dia turun ke liang tanpa sangkut. Dengan senangnya… Saya masih rasa lagi kebesaranNya. Selesai pemergian dia yang cukup biasa bagi saya. Orang ramai masih tunggu dia sampai habis. Saya tak sangka, saya tak boleh tengok senyuman dia lagi.

Sumber: Instagram Shuib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *