“Ada Org Tanya, Nora baik Sgt ke dengan Sarah..” – Sekali Ini Respon Nora..

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, berasa terpanggil menganjurkan majlis bacaan Yassin buat penyanyi Siti Sarah pada Jumaat lalu atas tanggungjawabnya sebagai saudara sesama muslim dan rakan seperjuangan kepada penyanyi terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Menerusi temubualnya sebagai tetamu program Bicara With Kopstar (Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad) dengan tajuk C0vid 19, Apa Yang Anda Perlu Tahu? semalam, Nora mengakui banyak ditanya berkaitan hubungan dirinya dengan Siti Sarah.

“Ada orang tanya, Nora baik sangatkah dengan Sarah? Saya jawab bukan soal baik atau tak, kita sama-sama muslim dan rakan seperjuangan.

“Saya baca semua cerita yang berlaku di sekeliling kita. Saya sebagai seorang isteri dan ibu serta sebagai nenek, boleh membayangkan jika seseorang itu mengandung, kemudian kena lagi dugaan begini.

“Dan saya dengar oksig3n dia rendah. Saya fikir apa yang patut saya buat. Saya ada kemudahan, kawan-kawan dan ustaz yang membantu.

“Sekurang-kurangnya, saya bantu kumpulkan kawan-kawan dan alhamdulillah maklum balas diterima sangat bagus sampaikan ramai yang tak boleh masuk sebab dah ‘link’ virtual disediakan penuh,” katanya.

Menurut Nora, dia turut bersyukur ramai pihak melakukan perkara yang sama sepertinya.

“Tak kisahlah siapa pun buat kerana kita tak tahu doa siapa yang makbul. Bukan Sarah saja, Fazli Zainal, Aeril Zafrel, Ashira pun p0sitif Covid-19 sebelum ini.

“Selain itu, kita doakan untuk diri sendiri juga kerana hari ini mungkin, hari orang. Tak tahu selepas ini, saudara mara atau orang terdekat kita pula kena.

“Buat masa ini kita serahkan kepada Allah untuk jaga kita dan berikan kesihatan yang baik,” katanya.

Terdahulu,  Siti Sarah yang selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu, dilap0rkan berada dalam keadaan kritik4l di Unit Rawatan Rapi (IC U) H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini mengakui perlu p0sitif berdepan pand3mik C0vid-19.

“Kita kena hadap juga apa sahaja dug4an. Saya kini jual nasi kerabu dan buat katering. Tapi, baru-baru ini kawasan kediaman saya terkesan juga dengan k3s p0sitif C0vid-19.

“Jadi, saya terpaksa berhenti sekejap untuk proses pembersihan. Selepas semuanya selesai barulah saya mulakan kerja kembali.

“Buat masa ini, tumpuan saya ialah pada perniagaan makanan terutama nasi kerabu kerana katering masih lagi belum dibenarkan,” katanya.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *