Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Dalam kegelisahan rakyat Malaysia terhadap Covid-19, masih ada lagi yang bertelagah dengan menyalahkan antara satu sama lain dalam isu bantuan kepada golongan memerlukan.

Kisah panas berkaitan selebriti Malaysia yang saling salah-menyalahkan dilihat agak mengeruhkan lagi keadaan sehingga meleret ke isu saman-menyaman pula.

Namun, ada juga artis-artis yang tidak ambil pusing pergolakkan tersebut dan terus membantu mereka yang memerlukan tanpa membuat sebarang pengumuman.

Diam-diam melakukan kerja amal bersama Seniman

Hal ini di ceritakan oleh seorang pelakon senior iaitu Mohd Nor Bond di Facebook yang memuji sikap pasangan suami isteri iaitu Johan dan juga Ozlynwati yang menyertai Seniman serta beberapa lagi artis untuk menghulurkan bantuan kepada crew belakang tabir serta artis veteran.

Bagi ang pau kepada semua

Tambah pelakon itu lagi, selain daripada mengagihkan batuan makanan kepada crew-crew belakang tabir, Johan dan isteri secara peribadi telah menghulurkan ang paw kepada mereka yang berada di situ.

Apa yang mengejutkan, setiap daripada mereka menerima Rm300 dan jumlah tersebut bukannya sedikit kerana dia memberikan kepada ramai orang termasuklah sukarelawan.

Perkara itu turut dikongsikan oleh pelakon Adam Corrie yang memuat naik gambar mereka di Instagram.

Moga kalian dipelihara dengan kasih sayang Allah

Susulan daripada itu, warganet yang melihat posting tersebut telah meninggalkan komen yang positif apabila melihat tindakan Johan serta teamnya dalam memberikan bantuan.

Mereka juga turut mengakui bahawa Johan adalah antara artis yang sangat merendah diri dan kerap melakukan kebaikan tanpa menunjuk-nunjuk kepada umum.

Ramai lagi artis yang sangat baik

Ini yang kita nakk

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM via IG Adam Corrie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *