Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

KUALA LUMPUR: Ahli kumpulan Bocey, Fad, 29, akan memastikan anak tunggal Allahyarham Abam tidak kehilangan kasih seorang bapa. Fad pada perkongsian foto di Instagram mendakap erat anak lelaki Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan. Menerusi kapsyen ditulis, Fad atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berhasrat menjaga Hamzah.

“Daddy, jaga Hamzah ye nak. Anak daddy empat orang sekarang,” katanya berserta hashtag #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah.

Perkongsian menyayat hati Fad itu mendapat lebih 300,000 tanda suka daripada pengikutnya di Instagram dan hampir 4,000 komen yang menyokong tindakan Fad untuk berkongsi kasih sayangnya dengan Hamzah. Rata-rata pengikut Instagram Fad sangat kagum dengan keakraban hubungan erat anggota Bocey. Sama ada Fad dan Achey, kedua-duanya akan memastikan Hamzah mendapat kasih sayang seorang bapa.

Walaupun Abam sudah tiada dan Bocey kini tinggal berdua, hubungan kekeluargaan dipupuk mereka selama ini kekal erat. Jasad Abam mungkin tidak ada tetapi kasih sayang dan semangatnya ditinggalkannya akan terus bersama Bocey. Allahyarham Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Pada Isnin lalu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Gombak. Jnazah Abam yang diziarah lebih 2,000 orang di masjid dikebumikan di Tanah Prkuburn Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *