Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kasih seorang ibu terhadap anaknya memang tiada bertepi dan pasti akan kekal hingga akhir hayat. Jika terpaksa berjauhan sekalipun, anak-anak akan tetap mencari dan cuba membahagiakan ibu mereka seperti yang tular di TikTok baru-baru ini.

4 beradik berkumpul semula demi surprise hari jadi mama

Menerusi TikTok, Irfan serta 3 orang adiknya telah mengambil keputusan untuk turun berkumpul dari Kuala Lumpur dan memberikan kejutan buat ibu kesayangan mereka di Tampin, Negeri Sembilan.

Dalam rakaman tersebut, mama mereka kelihatan terkejut serta terharu dengan surprise berkenaan apabila semua putera kesayangannya hadir bersama.

Tak pernah serumah sejak kecil… terkilan tak mampu bagi hadiah rumah tapi mama tidak kisah pun

Lebih menyentuh hati, kesemua jejaka ini tidak pernah duduk serumah atau meraikan apa-apa majlis bersama sejak kecil lagi. Wanita berkenaan juga sempat memeriksa suhu Irfan dengan tangan kerana mengetahui anaknya sedang demam.

Meskipun pemuda itu berasa terkilan tak dapat beri hadiah besar seperti rumah atau kereta, ibunya tidak ambil pusing pun tentang perkara tersebut dan hanya mahu anak-anak sentiasa bersama di sisi.

Video berdurasi 52 saat berkenaan meraih hampir 250 ribu tontonan setakat ini. Ruangan komen pula dibanjiri dengan ucapan selamat hari lahir daripada netizen. Selain itu, mereka juga turut berasa sebak dan memuji tindakan 4 beradik tersebut.

Jom blihat komen netizen.

Bestnya adik beradik semua ngam

Mama yang hebat besarkan 4 putra soleh

Allah.. sebak menitis air mata

Dah baca? Jangan lupa like, share dan subscribe ya. Terima kasih

Sumber: TikTok Shahirfan Gomen  via Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *