Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Lipas antara haiwan perosak yang sering membuatkan ramai pihak menjerit ketakutan.

Rupa-rupanya, haiwan ini juga ditakuti oleh pelakon cantik manis iaitu Wawa Zainal ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran.

Mood makan kelaut sekejap, Wawa takut lipas sampai berpaut pada kaki ‘Presiden TikTok’

Menerusi TikTok @ciklangmansor99, makan malam tersebut terganggu sementara apabila pelakon berkenaan dipercayai menjerit ketakutan akibat ternampak seekor lipas terbang.

Tidak cukup dengan itu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Binti Zainal Abidin terus berpaut pada kaki Aeril Zafrel yang sedang berdiri.

Jerit lagi ingatkan lipas di kepala, akhirnya bertenang juga

Setelah haiwan itu sudah dibuang, Aeril perlahan-lahan menenangkan isterinya. Akan tetapi, Wawa terjerit sekali lagi apabila suaminya menyentuh tudungnya yang kelihatan agak huru-hara itu kerana menyangkakan lipas tersebut berada di atas kepala.

Akhirnya, aktres comel itu bertenang setelah yakin binatang terbabit telah dibuang.

Takut pun Wawa masih comel… Kalau nampak ia terbang, dengan meja sekali akan terbang

Selain memuji Wawa kelihatan comel walaupun dalam keadaan ketakutan, ramai juga netizen berkongsi pengalaman masing-masing mengenai haiwan berkenaan.

 

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber: TikTok ciklangmansor99 via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *