Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kemelut yang melanda politik negara dilihat semakin meruncing. Satu demi satu situasi genting mulai menjadi perhatian warganet kerana masing-masing inginkan kepastian berkaitan keadaaan sebenar kabinet negara.

Susulan daripada itu, petugas-petugas media dilihat begitu gigih merungkai berita dan mengejar individu-individu penting dalam gejolak drama politik semasa.

Makanan buat petugas media

Tempat paling menjadi tumpuan sudah tentu Istana Negara yang terlihat sesak dipintu masuknya seawal pagi lagi.

Namun, disebalik kegawatan dan ketegangan arena politik, tindakan comel KDYMM Baginda Agong telah menyumbang makanan kepada petugas media telah mencuri tumpuan lensa kamera.

Terbaik Tuanku!

Baginda telah menghulurkan ayam goreng dari restoran makanan segera KFC bagi para media yang berada di pintu masuk Istana Negara menjamah makanan ketika bertugas.

Susulan daripada perkongsian gambar yang menarik itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif di Instagram.

Raja berjiwa rakyat!

Mulianya hati Tuanku!

Sporting giler Tuanku!

Pihak media dilihat bertungkus-lumus untuk memastikan berita yang terkini kepada rakyat berhubung isu politik negara.

Tengah hari tadi, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan sekali gus menggemparkan banyak pihak.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan kome yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber:OMM via Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *