Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi sidang video di Istana Negara.

Paling menarik perhatian rakyat apabila Seri Paduka dan Perdana Menteri saling bertanya khabar antara satu sama lain, selain penuh teliti ketika perbincangan itu.

Posting yang dimuat naik di laman Instagram Istana Negara itu mengundang perhatian warganet bagi memberikan pelbagai reaksi.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video (video conference) di Istana Negara, hari ini.

Sesi video conference ini julung kali diadakan untuk mesyuarat Pra-Kabinet berikutan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung pandemik Covid-19.

Seri Paduka Baginda turut berkenan supaya mesyuarat Pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP ini berjalan untuk Seri Paduka Baginda berbincang dengan YAB Perdana Menteri khususnya berkenaan isu-isu semasa.

Ini mencerminkan keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat kerana secara lazimnya Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk mesyuarat Pra-Kabinet. Daulat Tuanku

Jom lihat video dibawah:

Rata-rata netizen tersentuh hati mendengar perbualan Seri Paduka dan Perdana Menteri yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat serta pentadbiran negara.

Segelintir individu turut mendoakan agar insan-insan yang disayangi rakyat ini sentiasa dilindungi olehNya agar terus memerintah Malaysia dengan sejahtera.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri.

Agong dan PM yang berjiwa rakyat

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM via istana_negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *