Jika semalam KDYMM Baginda Agong membelanja petugas media makanan dari restoran makanan segera KFC, hari ini baginda berkenan untuk membelanja mereka semua makanan dari restoran McDonald.
Belanja makanan lagi kepada wartawan
Kali ini, baginda sendiri telah mencemar duli memberikan makanan tersebut bersama pegawai-pegawai istana kepada petugas media di pintu masuk Istana Negara.
Perkembangan terkini dari istana
#FBLiveAWANi Perkembangan terkini dari istana bersama wartawan Astro Awani
Posted by Astro AWANI on Monday, 24 February 2020
Hulur sendiri McD
Video rakaman tersebut diperoleh daripada Astro Awani di laman Facebook. Turut kelihatan, baginda menghulurkan sendiri bungkusan kepada petugas media bagi mereka menikmati set makanan tersebut.
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang melihat video tersebut telah meninggalkan komen yang positif diatas tindakan KDYMM Agong.
Mereka juga menyatakan contoh teladan yang ditunjukkan baginda bukan sahaja dapat memupuk rasa hormat-menghormati malahan membuatkan rakyat bertambah sayang kepada pucuk kepimpinan KDYMM baginda Agong.
Bagus sungguh Agong
Semoga murah rezeki selalu
Benar berjiwa rakyat
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih
Sumber:OMM