Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan desas-desus pelaksanaan darurat akan dilaksanakan kerajaan.

Menerusi laporan Sinar Harian, ada sumber memaklumkan sesi menghadap itu diadakan di Istana di Pahang kerana baginda kini berada di Kuantan dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS.

“Iya. Perdana Menteri datang ke Pahang” kata sumber tersebut.

Darurat bakal berlaku?

Terdahulu, spekulasi mengenai pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik Covid-19 kian memuncak selepas Mesyuarat Khas Kabinet diadakan hari ini.

Meskipun menteri yang ditemui selepas mesyuarat tersebut enggan membuka mulut, portal berita melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin itu bersetuju membuat proklamasi atau pengisytiharan darurat untuk menangani wabak pandemik Covid-19.

Memetik laporan Berita Harian pula, Muhyiddin tiba di Istana Abdul Aziz bagi menghadap Al-Sultan Abdullah yang tiba di pintu masuk istana pada jam 4.40 petang sebentar tadi.

Gelombang ketiga lebih membimbangkan

Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan jangkitan baharu Covid-19 akan mencecah 1,300 menjelang hujung bulan ini.

Unjuran terdahulu ia berdasarkan nilai R0 atau kebolehjangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu wabak terbabit ketika ini.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *