Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

BARU seminggu kita mnangisi pemergian pelawak Abam Bocey, hari ini seluruh peminat seni hiburan dikejutkan pula dengan berita pemergian pelakon Ashraf Sinclair yang mninggaI dnia. Pihak media setakat ini masih berusaha untuk mendapatkan reaksi dari ahli keluarga terdekat termasuk adik Allahyrham iaitu Aishah Sinclair.

Difahamkan penyampai radio dan pelakon, Aishah Sinclair sudah bersiap sedia untuk ke udara di konti stesen radio MIX pada jam 5.48 pagi tadi sebelum mendapat berita sedih mengenai abangnya, Ashraf.

Aishah yang mengendalikan program MIX Breakfast bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan menerima perkhabaran duka itu daripada ibunya.

Perkara itu dikongsikan rakan penyampai Rod dan Prem dalam program berkenaan awal pagi tadi.

” Aishah tiba sebelum pukul 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu,” katanya.

Tambahnya lagi, sebaik menerima khabar itu, Aishah yang terkejut terpaksa bergegas pulang untuk mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibu bapanya.

Malah, Aishah juga dimaklumkan bahawa Ashraf mninggaI dnia ketika sedang tidur.

Ashraf mninggaI dnia pada awal pagi Selasa kira-kira pukul 3.45 (waktu tempatan) akibat srangan jantung di Hospital MMC, Jakarta.

Dalam pada itu pemergian Ashraf Sinclair sememangnya mengejutkan dan mengundang ribuan reaksi penggiat seni hiburan dan para peminatnya.

Mana tidaknya, sepanjang kariernya, Allahyarham bukan sahaja terlibat dalam industri hiburan tanah air, malah turut berkarya dalam industri hiburan Indonesia.

Di Malaysia, Ashraf memulakan kariernya dalam industri menerusi bidang pengacaraan. Beliau pernah bergandingan bersama Sazzy Falak dalam mengendalikan program hiburan siaran Astro, Beat TV.

Selain mengacara, beliau turut terlibat dalam industri perfileman tanah air.

Kehadirannya dapat dilihat menerusi filem arahan Bernard Chauly iaitu “Gol & Gincu” (gandingan bersama Nur Fazura, Pierre Andre dan Sazzy Falak), filem “SH3” dan “D[o]sa.”

Pada 2008, beliau mengahwini penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari dan sejak itu, kehadirannya turut mewarnai industri seni Indonesia. Beliau juga telah diberi kepercayaan dalam menjayakan banyak drama atau sinetron Indonesia di bawah rangkaian TV tempatan RCTV, seperti “Cinta dan Anugerah”, “Sejuta Cinta Marshanda”, “Anugerah”, “Pashmina Aisha” serta “Catatan Hati Seorang Istri” (Musim 1 dan 2).

Dalam industri perfileman Indonesia, Ashraf pernah terlibat dalam filem “Saus Kacang” bersama isterinya, Bunga Citra Lestari dan “The Real Pocong” bersama Nabila Syakieb.

Ashraf Sinclair mninggaI dnia pada awal pagi Selasa akibat srangan jantung di Jakarta, Indonesia. Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari dan mula mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia sejak daripada itu.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *