Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Aktres Bollywood, Aishwarya Rai disahkan positif Covid-19, sehari selepas suaminya, Abhishek Bachchan dan bapa mertuanya, Amitabh Bachchan disahkan positif virus sama.

Pegawai perbandaran Mumbai memaklumkan AFP, anak perempuannya berusia lapan tahun turut disahkan mendapat jangkitan Covid-19.

Sebelum ini media melaporkan Amitabh Bachchan dan anaknya Abhishek Bachchan memaklumkan mereka positif COVID-19. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi akaun twitter masing-masing. Namun kedua-duanya kini menunjukkan gejala ringa

Family and staff undergone tests

Menurut Amitabh Bachchan, dia kini ditempatkan di wad sebuah hospital. Tambahnya, kesemua ahli keluarga dan staf turut menjalani ujian pemeriksaan Covid-19.

Di akhir posting itu juga, dia meminta semua individu yang mempunyai kontak rapat dengannya dalam masa 10 hari yang lepas, segera berjumpa dengan doktor dan melakukan pemeriksaan.

Sementara itu, Abhishek juga memberitahu bahawa dia dijangkiti virus berbahaya itu juga. Ujarnya, mereka mempunyai gejala ringan sebelum disahkan positif oleh doktor.

Rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kedua-dua mereka kembali sihat dan dapat melawan wabak tersebut.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Harian  Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *