Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Perit rasanya melihat foto-foto sekitar kebakaran hutan yang berlaku di Australia yang memaparkan betapa takutnya haiwan-haiwan yang mempunyai habitat disitu kerana terpaksa berhadapan risik0 m@ut.

Simpati dengan bencana yang sedang berlaku di Australia, penduduk di sana tidak mengira bangsa atau agama, berkumpul bersama berdoa dan memohon agar kebarakan dapat reda.

Berkat doa, baru-baru ini satu berita gembira menerusi satu muat naik di Twitter memaklumkan bahawa hujan sudah mula turun membasahi bumi Australia.

Video yang berdurasi 34 saat,  dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter telah mendapat 73 ribu retweet dan 259 ribu tanda suka. Rata-rata warganet berharap, berkat hujan tersebut dapat meredakan kebakaran yang berlaku.

Kebakaran yang berlaku di hutan Australia setakat ini telah menyebabkan kemusnahan yang besar, dan membawa kepada kem@tian 480 juta haiwan daripada pelbagai spesies.

Menurut, Profesor Sains Bumi, Atmosfera, dan Alam Sekitar Universiti Monash, Neville Nicholls, memaklumkan bahawa sejak kebakara melanda pada tahun lepas, Australia menjadi negara paling kering.

Diharapkan, kesemua pihak termasuk pasukan keselamatan dan juga orang awam terus kuat, untuk menyelamatkan haiwan-haiwan yang masih terperangkap dalam kebakaran.

Apa kata anda? Jangan lupa like dan komen ya! Terima kasih

Sumber: oh my media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *