Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Amerika Syarikat mencatatkan kematian tertinggi akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam dengan hampir 2,000 kematian pada Rabu.

Menurut data dikeluarkan Worldometer, sebanyak 1,940 pesakit koronavirus di negara itu disahkan meninggal dunia semalam di mana kebanyakannya melibatkan warga New York City.

Selasa lalu, sebanyak 806 kematian telah direkodkan di bandar tersebut, lokasi yang paling teruk dilanda wabak di negara berkenaan.

Sehingga kini, seramai lebih 4,000 kematian akibat koronavirus telah direkodkan di sana.

Amerika menjadi negara paling teruk dilanda wabak ini dengan 435,160 kes positif virus setakat ini termasuk 14,797 kematian.

Kelemahan kerajaan

Sementara itu, menurut undian oleh portal CNN, seramai kira-kira 55 peratus responden menganggap kerajaan Amerika memberi respon yang lemah dalam menguruskan krisis berkenaan.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio berkata, perjuangan mereka masih panjang, tetapi terdapat kemajuan. Biarpun angka pesakit yang dimasukkan ke wad berkurang sedikit, beliau mengingatkan penduduk tempatan agar sentiasa menjaga jarak sosial.

“Penjarakan sosial memberi kesan, tetapi kita perlu sentiasa berhati-hati bahawa virus itu tidak kembali bertambah,” katanya.

Tambahnya, beliau menyatakan bahawa angka korban yang direkodkan di New York mungkin lebih rendah berbanding angka sebenar. Hal ini berikutan kematian di rumah tidak dikira secara rasmi sebagai kematian akibat koronavirus, lapor The Guardian.

Amerika sistem paling canggih pun tak dapat penawar

Rasa kesian dalam hati sebab ramai muslim disana

Nasib baik Malysia cepat bertindak

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: Siakap keli via The Guardian, Worldometer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *