Alhamdulillah Ayash Dah Buka mata & Mula Menend4ng, Ini Keadaan Terkini Ayash..

PETALING JAYA – Pelawak dan juga usahawan Shuib memaklumkan perkembangan terkini anak bongsunya, Ayash Affan yang terpaksa dilahirkan secara pram4tang semalam mula menunjukkan resp0ns p0sitif.

Menurut Shuib, doktor memberitahu bahawa bayi tujuh bulan itu berada dalam keadaan stabil apabila mula memberi isyarat pergerakan pada anggota badannya.

“Alhamdulillah sedikit perkembangan terkini Ayash Affan. Dr. Faiz dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu pagi ini bayi sudah buka mata, kaki sudah men3ndang-n3ndang, tangan bergerak aktif dan keadaannya stabil.

“Syukur Ya Allah. Ini semua berkat doa daripada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan Ayash,” ujar Shuib menerusi hantaran terkini dalam InstaStorynya.

Pada masa sama, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, turut mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik dan terhindar daripada kemudaratan.

Pagi tadi, Kosmo! turut melap0rkan bahasa isteri kepada Shuib yang juga penyanyi, Siti Sarah masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan untuk menjalani pembed4han mengeluarkan bayi sejak petang semalam.

Bagaimanapun keadaan Sarah dilap0rkan mula stabil apabila bacaan paras oksigen dalam badannya menunjukkan perkembangan yang baik.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *