Alhamdulillah Paras ‘0ksigen’ Makin Meningkat, Ini Keadaan Terkini Siti Sarah.

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah Raisuddin masih belum sedarkan diri selepas menjalani pemb3dahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya semalam.

Suaminya, Shuib bagaimanapun memaklumkan, bacaan atau paras oks1gen menunjukkan perkembangan yang baik.

“Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedarkan diri. Masih lagi perlukan bantuan oksig3n cuma, alhamdulillah ada peningkatan.

“Pukul 11 malam tadi (bacaan) oksigen turun sampai 40 tetapi pukul 2 pagi, alhamdulillah oksigen naik sampai 77 dan baru tadi doktor maklumkan, oksigen Sarah sudah 80.

“Saya harap semua yang melihat ‘post’ ini terus mendoakan dia dan anak saya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhir4t,” tulis Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37. menerusi satu muat naik dalam InstaStorynya pagi ini.

TANGKAP layar InstaStory Shuib yang dimuat naik pagi ini.

Malam tadi, Shuib mengakui reda dengan sepenuh hati berdepan ujian Allah yang terp4ksa dilaluinya. Dia juga yakin, Sarah akan terus kuat, kembali sihat berkat doa semua orang.

Semalam sekitar pukul 4 petang, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan koma menerusi pembedahan bagi mengelakkan risiko akibat keadaannya yang agak kritik4l.

Biarpun dilahirkan pra matang dan menggunakan bantuan pernafas4n, bayi yang akan dinamakan sebagai Ayash Affan atas pilihan Sarah itu berada dalam keadaan stabil.

Siti Sarah, 37, sebelum ini dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa lalu berikutan tahap oksig3n dalam badannya yang semakin meros0t.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan p0sitif C0vid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani saringan setelah pembantu rumah disahkan p0sitif virus m4ut tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 2011dan dikurniakan  tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *