Alhamdulillah!!, Siti Sarah Ditidurkan Untuk Jalani Pemb3dahan keluarkan Bayi

Kuala Lumpur: “Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

“Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya.

Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (IC U) H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akib4t tahap oksig3n tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kes3mbuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke IC U disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandvngan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan keku4tan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melap0rkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat h4mil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum meng4lami b4tuk.

Siti Sarah sekeluarga dis4hkan p0sitif C0vid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menj4lani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan p0sitif wabak itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Terbaharu suaminya yang juga pelawak Shuib memaklumkan Sarah bakal menjalani pemb3dahan untuk mengeluarkan bayinya sekitar pukul 2 petang, Jumaat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Perkara itu dimaklumkan pengurus Siti Sarah, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

“Alhamdulillah, Shuib hubungi saya tadi memberitahu sebaik saja habis bacaan Yasin tadi, doktor beritahu Sarah semakin stabil. Insya-Allah pukul 2 ini doktor akan lakukan pembed4han untuk keluarkan bayi.

“Kalau berjaya, Insya-Allah segalanya okay… Insya-Allah Sarah akan okay,” katanya kepada mStar.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:hmetro via mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *