Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

SELEPAS 12 hari mendapatkan rawatan dan menjalani kuarantin di Hospital Melaka, penyanyi Alif Satar akhirnya disahkan bebas daripada virus Covid-19.

Alif, 30, meluahkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang bertemu keluarga di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakan. Sukacita Alif kini sudah kembali sihat dan kini berada bersama keluarga tersayang.

“Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, produksi Muzik-Muzik TV3, JS Pictures dan rakan industri yang cukup prihatin dan bertindak pantas mengambil tanggungjawab dengan membuat ujian saringan selepas Alif disahkan positif Covid-19, ” ujarnya kepada mStar.

Pada 22 November lalu, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan dirinya positif Covid-19 iaitu dua hari selepas membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) episod pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Susulan itu, SFMM35 episod ketiga yang sepatutnya berlangsung pada malam Ahad itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Alif Satar rindu isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, Alif turut meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya selepas hampir dua minggu berjauhan.

Kata penyanyi lagu I Want You To Love Me ini, dia akan mengambil masa beberapa hari untuk meluangkan bersama keluarga sebelum kembali bekerja seperti biasa.

“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Alif yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi Alif akan mengambil masa beberapa hari untuk bersama seluruh ahli keluarga sebelum kembali bekerja,” ujarnya.

Sementara itu, Alif meminta masyarakat hentikan stigma negatif terhadap pesakit Covid-19 yang boleh memberi kesan kepada mereka.

Hentikan stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang serong kepada mereka dijangkiti wabak ini. Tiada siapa yang minta untuk dijangkiti, ” ujarnya.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *