Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pemergian Allahyarham Abam atau nama betulnya Syed Umar Mokhtar sudah pun memasuki hari kelima. Namun, namanya masih mewangi dibibir setiap lapis masyarakat sehingga ada sahaja cerita baik tentangnya terbongkar.

Hari ini, pihak Malaysia Gazette telah berpeluang menziarahi kediaman arwah dan bertemu sendiri adiknya, Syed Ali Mubarak dan isteri allahyarham, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Temu bual bersama adik serta isteri allahyarham Abam

Menerusi temu bual tersebut, ternyata air mata penonton tidak akan dapat ditahan apabila Ali menceritakan bagaimana kehidupan abangnya yang ternyata luar biasa.

Melakukan kebaikkan tanpa ingin diketahui umum, Ali terlihat begitu tenang membocorkan satu demi satu rahsia arwah.

Tanggung anak yatim & biaya ustaz berdakwah

Menurutnya, Abam sebenarnya menanggung anak-anak yatim dan tahfiz di beberapa lokasi dari segi keperluan dan juga kewangan.

Dia juga seorang yang begitu pemurah kerana menanggung perjalanan dakwah seorang ustaz dikenali sebagai Ustaz Anas dari Pahang  bagi menyampaikan ilmu agama keliling negeri.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pendakwah terkenal iaitu PU Azman melalui panggilan telefon kepada Ali dalam nada yang cukup sebak.

Tidak berkira langsung dengan rezeki

Tambah Ali lagi, sikap Abam ini sememangnya begitu hebat kerana langsung tidak berkira lagi-lagi dari segi rezeki. Dia akan membelanja sesiapa sahaja tidak kira rakan ataupun orang awam.

Jadi, menurutnya, Abam sentiasa akan bawa wang tunai dalam jumlah yang agak besar bagi memudahkannya bersedekah.

Dikelilingi oleh orang2 hebat & umat Islam

Ali juga sempat menyebut bahawa semasa jenazah dalam proses diuruskan, ribuan manusia telah berhimpun di masjid bagi menyembahyangkan allahyarham Abam.

Apa yang membuatkan dia berasa terharu adalah para pendakwah terkenal, imam-imam, anak-anak yatim dan tahfiz, sahabat handai, keluarga serta orang awam yang tidak dikenali berpusu-pusu ingin memberikan penghormatan terakhir buat abangnya.

Diakhir temu bual tersebut Ali juga ada menyentuh isu post-mortem berkaitan arwah dan jawapannya adalah pihak mereka tidak melakukan sebarang post-mortem. Hanya bahagian forensik Hospital Selayang mengambil sedikit darah dan juga tisu badan arwah sebagai rujukan mengetahui punca sebenar pemergiannya.

Mati yang dicemburui

Beginila contoh orang amalnya diterima

Sungguh mulia hatinya

Susah nak jumpa macam ni

Apa kata anda? Dah baca jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *