Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sebelum ini, nama Amal Syahmina pernah menjadi buah mulut warganet apabila pendakwah muda Pencetus Ummah (PU) Riz merisik selebriti popular, Neelofa bulan lalu.

Kisah sedih mengenai perhubungan pernah dikongsi di akaun Instagram miliknya sebelum ini, tetapi dia sudah mengambil keputusan untuk ‘move on’ dan melupakan semua kenangan bersama pendakwah tersebut.

Berikutan kontroversi itu, pengikut Amal di Instagram semakin bertambah dan baru-baru ini dia menjadi perhatian sekali lagi kerana berkongsi beberapa keping foto mengenakan persalinan serba putih.

Takdir

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat dia memegang sejambak bunga sambil tersenyum manis. Memiliki wajah yang begitu cantik merupakan antara satu kurniaan Allah SWT yang amat berharga.

Bagaimanapun, foto tersebut dipercayai adalah ketika ulang tahun perkahwinan ibu bapanya namun dia masih menerima ucapan tahniah daripada warganet yang tersilap dia telah dirisik oleh seseorang.

Malah, rata-rata netizen terus menitipkan kata-kata positif selain mendoakan agar Amal akan menemui jodoh terbaik dalam kehidupannya.

Harap PU Riz tak kembali


Cantik dan periang


Moga jumpa jodoh yang baik

Terdahulu, akaun Instagram miliknya mencecah ratusan ribu pengikut namun telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab sebelum mencipta akaun baru ini.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram Amal Syahmina via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *