Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Setelah hampir 11 jam melalui proses post mortem, akhirnya jasad Amir Zubaidi Qusyairi telah dikebumikan. Namun, usaha keluarga angkat untuk memujuk waris kanak-kanak tersebut bagi mendapatkan kebenaran membawanya pulang ke Rawang tidak berhasil.

Jasad Allahyarham dituntut waris keluarga kandung…Proses kebumi dikawal ketat pihak berkuasa

Menerusi portal Harian Metro, Allahyarham Amir telah pun dibawa ke Madrasah Asy-Syakirin untuk dimandikan serta disembahyangkan setelah dituntut wakil keluarga kandungnya.

Akhirnya proses pengebumian kanak-kanak berkenaan selesai kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi di Kampung Simpang Bekoh, Jasin. Ahli keluarga angkatnya turut berada di lokasi yang telah dikawal ketat pihak berkuasa atas permintaan waris.

Umi maklum Amir muncul dalam mimpi abang angkatnya…Minta urusan kebumi dipercepatkan

Ketika ditemubual Malaysia Gazette, Norlida Abu Hassan yang juga ibu angkat Amir memaklumkan kanak-kanak tersebut ada muncul dalam mimpi abangnya semalam. Allahyarham ada meminta supaya urusan pengebumiannya dipercepatkan.

Selain itu, dia tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menatap wajah anak angkat kesayangannya buat kali yang terakhir selain menyifatkan rupanya sangat bersih seperti sedang tidur. Wanita tersebut juga dilihat tidak lepas memeluk bantal busuk yang dipercayai milik Adik Amir untuk melepaskan kerinduannya.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Youtube Malaysia Gazette via KD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *