“Anak Saya Belum Tahu Lagi…” – Shuib

Suami Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan arwah isterinya yang baru sahaja selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak, Selangor.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dengan suara sedikit sebak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan meluangkan masa mendoakan, membaca yaasin untuk arwah isterinya.

Bila ditanya wartawan, bagaimana keadaan anaknya. Shuib mengatakan anak-anak belum tahu akan pemergian ibunya ini. Shuib memohon orang ramai mendoakan urusan beliau dipermudahkan bersama anak-anak selepas ini.

Sepanjang perkahwinan Shuib dan Siti Sarah, Allah mengurniakan mereka 4 cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan yang baru dilahirkan ketika Allahtarhamah bertarung nyawa di wad iaitu Ayash Affan.

Video:

Sumber: SK & DaebaKing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *