Isu Semasa

Selepas Ayah Dan Emak, Anak Donald Trump Usia 14 Tahun Turut Positif Covid-19

Anak lelaki Presiden Donald Trump, Barron, 14 tahun, disahkan positif virus Covid-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala, setelah kedua ibu bapanya dijangkiti virus itu, menurut Melania Trump.

“Nasib baik dia remaja yang kuat dan tidak menunjukkan gejala,” kata Melania Trump dalam satu kenyataan.

Melania Trump turut mengatakan bahawa dia juga mengalami gejala-gejala yang “minimum” dan dia berharap dapat meneruskan tugasnya sebagai ”Wanita Pertama” dengan secepat mungkin.

Saya mengalami sakit badan, batuk dan sakit kepala, dan sering merasa letih,” katanya.

“Saya memilih untuk memilih cara semula jadi dari segi perubatan, lebih memilih vitamin dan makanan yang sihat,” kata Melania Trump.

Terdahulu, Donald Trump menghabiskan tiga malam di hospital tentera setelah mengumumkan pada 2 Oktober bahawa dia dan Melania telah disahkan positif Covid-19.

“Dalam cara lain, saya gembira kami bertiga mengalaminya pada masa yang sama jadi kami dapat saling menjaga dan menghabiskan masa bersama,” kata Melania Trump.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih

Sumber: CNA via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *