Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Anak sulung pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Iqbar Hakim Jasman, 21, tampil memberi teguran terhadap perbuatan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang telah mengguris hati ibunya, Rozita Ibrahim.

Kata Iqbar, seharusnya kehebatan Aliff dalam dunia perniagaan sepatutnya digunakan ke jalan yang lebih bermanfaat bukan dipersia-siakan.

“Saya terpanggil untuk buat video ini apabila melihat seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan anaknya. Saya yakin ibu mana pun dia sayang dengan anak, anggaplah itu cuma beri nasihat. 

“Jadi saya rasa Bonda Rozita adalah individu yang paling lama dalam dunia kosmetik. Beliau memang idola kepada semua orang.

“Datuk Aliff pun tidak ada kurangnya. Dia seorang anak lelaki yang kuat semangat dan ligat pemikirannya. 

“Tapi pendapat saya kehebatan Datuk harus digunakan dengan cara membantu usahawan-usahawan muda, buat seminar ke atau dengan cara profesional yang akan membuat orang lain hormat.

“Bukan dengan cara yang minta untuk dikecam. Itu bukan tahap Datuk,” katanya menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG).

Dalam pada itu, Iqbar berharap agar selepas ini Aliff tidak lagi mengulangi kontroversi yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya harap teguran bonda itu akan membuatkan Datuk memberi teladan yang baik selepas ini dan mengurangkan kontroversi yang tidak sepatutnya terjadi. 

“Kalau saya ada tersalah cakap, maaf dari saya. Assalamualaikum,” katanya lagi.

Jom lihat video dibawah:

Terdahulu, Rozita membuat pengakuan terbuka melalui media sosial mengenai kedegilan anaknya untuk berubah.

Aliff terus mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video air mata darah bagi mempromosikan single terbarunya, Coba Bahagia.

Apapun, doa baik baik jelah agar isu ini tidak berlarutan.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *