Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sebelum ini tular di media sosial berkenaan seorang kanak-kanak yang positif Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di Pusat kuarantin Taman Ekspo Petanian Malaysia (MAEPS) Serdang yang telah kehilangan ayahnya disebabkan pandemik ini.

Video yang tular di Twitter itu kanak-kanak tersebut dibawa keliling oleh orang-orang dewasa di pusat kuarantin tersebut sambil memaklumkan kepada semua yang dia baru sahaja kehilangan bapa tersayang.

Tak setuju dengan cara macam tu

Walaupun video itu mendapat perhatian warganet yang sama-sama bersimpati dengan nasib menimpa kanak-kanak lelaki itu, namun ada juga yang tidak bersetuju diatas tindakan membawanya berkeliling ketika dia masih dalam keadaan terkejut dan sedih.

Hal ini disuarakan oleh penyampai radio Era fm iaitu Haniff Hamzah apabila berpendapat cara tersebut tidak bersesuaian kerana kanak-kanak itu baru sahaja kehilangan insan penting dalam hidup.

Dia harus dilindungi, bukan paksa untuk kuat

Dia menjelaskan sepatutnya kanak-kanak tersebut dilindungi kerana berada dalam keadaan sedih, bukan membawanya dalam situasi yang agak menekan kerana kita tidak tahu apa yang dirasakannya ketika itu.

Jadi Haniff tidak bersetuju tindakan tersebut dibuat dan berharap jika dia ditakdirkan sudah tiada, penyampai radio itu meminta agar anak-anaknya tidak diperlakukan sebegitu kelak.

Budak tu hilang ayah tau

Sehubungan dengan perkongsian tersebut di Twitter, ramai yang menyuarakan perkara sama dengan tidak bersetuju dengan tindakan membawa kanak-kanak itu mengelilingi pusat kuarantin sambil menerima sumbangan kilat daripada orang ramai.

Pedapat peribadi bukan nak malukan sesiapa

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *