Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Semalam telah menyaksikan berlangsungnya pentas akhir bagi rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ setelah hampir 8 minggu bersiaran di Astro Warna.

Malam penentuan itu telah menyaksikan ‘Bunga Raya’ telah berjaya mengungguli tempat pertama sekali gus bergelar juara selepas mendapat kutipan markah tertinggi.

8 minggu bertarung dalam kostum Orang Utan, rupanya identiti milik Tuju K-Clique

Rupa-rupanya individu di sebalik kostum berkenaan adalah merupakan penyanyi terkenal, Aina Abdul yang telah membawakan lagu ‘Listen‘ nyanyian Beyonce dan juga ‘Malam Ini Kita Punya’ daripada Bunkface.

Tetapi, lebih mengejutkan adalah identiti bagi peserta yang menyarung kostum ‘Orang Utan’ iaitu Tuju daripada kumpulan K-Clique.

Setelah berminggu-minggu para penonton dan juga juri berteka-teki, semuanya terjawab selepas penyanyi itu berjaya mendapat tempat ketiga. Artis berusia 24 tahun itu telah melantunkan lagu ‘Dia’ serta ‘Sang Saka Biru’.

Anak lelaki Tuju dan Loca B teruja identiti ayah akhirnya terbongkar

Menerusi Instagram isteri kepada penyanyi berkenaan iaitu Loca B, anak lelaki mereka Yusuf teruja apabila dapat mengenal pasti suara si ayah walaupun berada di sebalik topeng.

Si kecil itu dilihat sangat bangga dengan penampilan pelantun lagu ‘Mimpi’ itu di kaca TV. Dia juga sempat berseloroh mengatakan peserta kegemarannya telah bertukar daripada Enggang ke Orang Utan.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram Astro Gempak & Kuning Langsat via Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *